Tuesday, 22 November 2011

Contoh RPH Matematik & RPT

Rancangan Pengajaran Harian Matematik ( Pengajaran Makro )

Tahun                                      :           1
Hari                                         :           Rabu
Tarikh                                      :           2  November 2011
Masa                                        :           30 minit (1035-1105)
Mata pelajaran                         :           Matematik
Bidang                                                :           Ruang
Tajuk                                       :           Bentuk 2 dimensi
Standard Pembelajaran           :           9.2       Mengenal pasti bentuk dua dimensi (2D)
Objektif  Pembelajaran           :           Pada akhir  pembelajaran murid  dapat:
(i)                 Menamakan bentuk segi empat sama, segi empat tepat, segitiga dan bulatan.
(ii)               Menyusun bentuk 2D mengikut pola
(iii)             Menghasilkan corak berasaskan bentuk
Elemen Merentas Kurikulum ( EMK ) :          Kecerdasan Pelbagai, penilaian,nilai murni
Penilaian P&P                         :           Penilaian akhir dan pemerhatian
Nilai murni                              :           Bekerjasama  dan bersyukur.
BBPP                                      :           Belon,bentuk 2 dimensi (segi tiga, segi empat tepat, segi empat
                                                            tepat dan bulatan ),carta robot, pensel warna dan  lembaran
                                                            aktiviti,
Konsep/Istilah                         :           Bentuk 2D.( segi tiga, segi empat tepat, segi empat tepat dan
                                                            bulatan )
Bahan Rujukan                       :           Buku teks, buku rujukan.
                                   
Pengetahuan Lepas                :            Murid  telah mengetahui ;
(i)          Bentuk 3D ( kubus, kuboid,piramid dan sfera )
(ii)         melihat pelbagai jenis bentuk dalam kehidupan seharian ( tin
              susu, kotak hadiah )
Langkah / Masa
Isi Pelajaran
Strategi Pengajaran & Pembelajaran
Media Pengajaran/ catatan
Guru
Murid
Set Induksi
( 5 minit )
Menamakan bentuk 2D dan bentuk 3D
1.Murid diberikan satu belon setiap seorang.
2. Murid dikehendaki mendapatkan kertas dalam belon dengan cara apa sekalipun ( sama ada meniup atau mengoyakkan belon).
3. Bersoaljawab dengan murid dengan kertas yang mereka dapat di dalam belon.
Contoh soalan:
1.Apakah  yang  ada di dalam belon kamu _________________
2.Apakah nama bentuk tersebut?
___________________
4. Mengaitkan jawapan murid dengan isi pelajaran.
1. Murid cuba meniup atau mengoyakkan belon untuk mendapatkan kertas di dalam belon tersebut.

2. Murid yang mendapat bentuk 2D mengangkat kertas mereka.


Belon
Perkembangan
( 7 Minit )
Penerangan ciri-ciri bentuk 2 Dimensi
1.Penerangan kepada murid cirri-ciribentuk 2 D.
Segitiga : Ada 3 bucu dan 3 sisi.
Bulatan : Ada 1 sisi lengkung sahaja
Segi empat tepat : Ada 4 sisi lurus dan 4 bucu. Sisi yang bertentangan sama panjang.
Segi empat sama : Ada 4 sisi dan 4 bucu.
2.Bermain teka-teki dengan murid berdasarkan bentuk-bentuk. Contoh :
Text Box: Saya ada 1 sisi lengkung sahaja. Siapakah saya ? 



1.Murid mendengar penjelasan guru.

2.Murid diberikan bentuk yang berlainan.

3.Murid mengangkat bentuk mengikut jawapan teka-teki yang diajukan oleh guru.
Bentuk 2D
( segi tiga, segi empat tepat , segi empat tepat dan bulatan )
Aktiviti pengayaan
Mengenalpasti bentuk 2D
1.Guru membahagikan murid kepada pasangan masing-masing.
2.Murid pertama diminta menutup mata dengan kain supaya tidak dapat melihat manakala pasangannya memberi arahan bagi membantu pasangan melakar lukisan robot. Mereka diberikan pensel dan kertas A4.
3.Murid pertama tidak dibenarkan memegang tangan pasangan tetapi hanya boleh menggunakan kata-kata bagi mendorong pasangannya.
1.Mendengar arahan aktiviti

2. Murid diarahkan ke temoat aktiviti.

3.Murid diberikan masa bagi menyiapkan lukisan tersebut.

4. Murid kedua akan melakar lukisan seperti arahan murid pertama.
Kertas A4, pensel,kain menutup mata
Aktiviti Pengukuhan
Menganalpasti bentuk 2D dan mewarnakan mengikut kod.
1.Murid diberikan lembaran kerja.
2.Guru membimbing murid dengan membacakan arahan soalan.
1.Murid menyiapkan lemabaran kerja mengikut arahan soalan.
Lembaran Kerja
Penutup
Mengecam gambar daripada cantuman bentuk 2D
1.Guru menayangkan gambar cantuman bentuk 2D dan meminta murid meneka gambar yang terhasil daripada cantuman bentuk-bentuk 2D.
2.Bersoaljawab dengan murid cantuman bentuk yang digunakan bagi menghasilkan gambar tersebut.
1.Murid cuba memikirkan gambar tersebut.
Carta gambar daripada cantuman bentuk 2D










RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN MATEMATIK KSSR TAHUN 1

No comments:

Post a Comment